BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 29 July 2013

ΔƧƘ.ҒѦ (мακɛ α ɢιғт)

Okay ! aku nk share sikit pasal rsa ketidakpuas hati aku, serta saranan & nasihat tuk yg mmbaca ==’
Firstly, aku nk citer sikit bagaimana berlakunya rasa ketidakpuas hati aku ni.. Ianya bermula apabila aku kena make a gift kat seorang user ask.fm. Tup tup rupanya kena beli gift ni ..giler siot..wat eden terkezut.. Eden hidup2 ingt free ,rupanya kena charge RM 3 per gift or sms.. Aduhai, Cuma Allah je yg taw perasaan eden masa tu  tp disebabkan dh terlanjur janji tu trpaksa gak la sms tp service prob la plak wlupun dh try twice.. Fuh ! selamat duit eden kott :D
Cm tu la permulaannya..


Secondly, aku sarankan kat users xyah la dok mmbzir duit korang tu wlupun RM3 ja tuk make a gift kat users yg lain… Baik korang beli real gift n then pos laju kat diorang sekurang2nya depa tu blh la wat kenangan hadiah tu dri korang dok menyemak gift korang kat profile depa tu. Melayang duit korang tu derrr. -,-
Then, susah2 sgt topup ja kat users yg korang nk bagi sgt gift,blh gak depa guna an.. tp mslhnya skrg kat Malaysia ni xdak la plak topup rm3,klu ada topup rm3 aku sanggup topup kat depa2 tu …dgn ikhlas hati derr :D hmmm..

Thirdly, aku nak nasihatkan korang xyah la nk bazir sgt make a gift tu yg tidak berfaedah sama ada tuk diri korang atau sebaliknya ..buat semak jer.. 
Lastly & the most important (attention please !) , korang sgt dialu2kan tuk make a gift kat aku.:P Btw, nvr ask me to make a gift for u ! coz aku xnk mmbazir duit aku wlupun rm3 pd bnda yg xbrfaedah tu.. Baik aku p makan kat roti canai kat kedai mamak! HAHA. So, pandai2 la korang …lu piker la sendiri ! 
*sekian pesanan ringkas dari saya ! :3

Tuesday, 22 January 2013

Kelebihan Umat Nabi Muhammad saw




Assalamualaikum w.b.t....Sekadar Renungan Untuk Semua
♥ Kelebihan Umat Nabi Muhammad saw ♥

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, “Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W EMPAT kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

••► Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di semua tempat oleh Allah S.W.T..

••► Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat durhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat durhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian..

••► Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat durhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka..

••► Memang benar aku telah durhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.W.T...

# Sollu 'alanNabiyy




P/S; tahun 2013/1434 maulidurRasul jatuh pada 24 Jan hari Khamis ^_^

اللهم صلّ على سيدنا محمّد و على اله و صحبه و بارك و سلم



Sunday, 20 January 2013

Saya nak kahwin !

A : Awak nak nikah x ?
B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah

A : Dah ada calon?
B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH

A : Siapa dia?
B : Insyaallah dia adalah lelaki/perempuan pilihan ALLAH

A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH

A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin lah, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya
je dgn ALLAH

A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik

A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH

A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah beres....♥...




Love Comments Pictures
More Images @ MyNiceProfile.com

pak pandir

Bagaimana Hendak Mengenali Pak Pandir =================================

* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

 * dia fax surat dengan stem diatasnya.

 * cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

 * cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

 * study hard untuk ujian darah.

 * tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

 * fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

 * vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.

 * Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

 * mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.

 * dia sedang baca lawak ini

Sunday, 13 January 2013

money

~> Duit boleh beli BANTAL & TILAM, tapi tidak boleh beli TIDUR..
~> Duit boleh beli UBAT, tapi tidak boleh beli KESIHATAN..
~> Duit boleh beli BUKU, tapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN..
~> Duit boleh beli INTAN PERMATA, tapi tidak boleh beli KECANTIKAN..

~> Duit boleh beli MAKANAN, tapi tidak boleh beli SELERA..
~> Duit boleh beli RUMAH, tapi tidak boleh beli KELUARGA..
~> Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tapi tidak boleh beli PELAJARAN..
~> Duit boleh beli HIBURAN, tapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN..

~> Duit boleh beli PERNIAGAAN, tapi tidak boleh beli KEBERKATAN..
~> Duit boleh beli CINTA, tapi tidak boleh beli KESETIAAN..
~> Duit boleh beli ORGAN BADAN, tapi tidak boleh beli NYAWA..
~> Duit boleh beli PANGKAT & KEDUDUKAN,

TETAPI

DUIT tidak boleh beli IMAN……

Renung2kan.. :)
Religious Comments Pictures
More Images @ MyNiceProfile.com

Saturday, 12 January 2013

ENAM PERISTIWA AJAIB BERLAKU SEMASA PEPERANGAN DI GAZA , PALESTIN !!

KISAH BENAR !! 
Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar d 
an pengalaman beliau di Gaza: 

Peristiwa 1 

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan 
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah 
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar! 

Peristiwa 2 

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu??? 


Peristiwa 3 

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya. 

Peristiwa 4 

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! 
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5 

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel ! 

Peristiwa 6 

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". 
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita? 

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. 
Allahu Akbar!!

Tuesday, 8 January 2013

ƤЄƬƲΔ ĴΔƉƖ ƘΔƆΔƘ & ƆΔИƬƖƘ ѦЄИƲЯƲƬ ƖƧ˩ΔѦ

PETUA JADI KACAK & CANTIK MENURUT ISLAM

Semua manusia sukakan keindahan dan kecantikan, lagi-lagi pada paras rupa. Namun, tidak semua sedar bahawa amalan yang cantik akan menzahirkan rupa yang cantik!

Berikut petua yang boleh kita amalkan, cantik dapat, pahala pun dapat.

1. Untuk mendapatkan wajah yang segar,berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota , biarkannya kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN)

4. Untuk mempunyai bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Untuk mendapatkan tubuh langsing,amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, lebih bagus lagi puasa seperti Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Monday, 7 January 2013

ƘЄ˩ЄβƖĦΔИ βЄЯƧЄ˩ΔƜΔƬ ƘЄ ΔƬΔƧ ЯΔƧƲ˩Ʋ˩˩ΔĦ Ƨ.Δ.Ɯ

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah- mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

ωαиιтα

‎:: TANGISAN RASULULLAH KERANA WANITA ::

~ Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan TIDAK MAHU MANDI setelah HAID DAN NIFAS juga kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI BUKAN SUAMINYA dan suka MENGUMPAT ORANG..

~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada orang asing, BERSOLEK dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain..

~ Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah AHLI PENGUMPAT DAN PENDUSTA..

~ Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka MEMBUAT FITNAH dan MEMBENCI SUAMINYA...

~ Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang TIDAK MENUTUP RAMBUTNYA daripada BUKAN MAHRAMNYA..

~ Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk MEMAKI DAN MENYAKITI HATI SUAMINYA..

~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang MENYUSUKAN ANAK ORANG LAIN TANPA SUAMINYA..

~ Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang KELUAR DARI RUMAH TANPA IZIN SUAMINYA..

‎~~ 10 ИΔѦΔ ѦΔ˩ΔƖƘΔƬ ƉΔИ ƬƲǤΔƧ ~~



1) Malaikat Jibril, tugasnya Menyampaikan wahyu

2) Malaikat Mikail, tugasnya Menyebarkan rezeki dan menurunkan hujan

3) Malaikat Israfil, tugasnya Meniupkan Sangkakala

4) Malaikat Izrail, tugasnya Mencabut nyawa Makhluk hidup

5) Malaikat Raqib, tugasnya Mencatat amal kebaikan manusia

6) Malaikat Atid, tugasnya Mencatat amal keburukan manusia

7) Malaikat Munkar, tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur (Barzakh )

8) Malaikat Nakir, tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur (Barzakh )

9) Malaikat Malik, tugasnya Menjaga pintu neraka

10) Malaikat Ridwan, tugasnya Menjaga pintu Syurga

UNTUK INGATAN BERSAMA. . .

❤ {:-)≈ ﷲ INSYA ALLAH ﷲ (<:-) ❤

Saturday, 5 January 2013

ѦЄИƆЄǤΔĦ ƘЄѦƲИƘΔЯΔИ



"Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak bisa melakukannya dengan tangannya, hendaklah ia mengubahnya dengan lisannya. Jika tidak bisa melakukannya dengan lisannya, hendaklah ia melakukan dengan hatinya. Itulah iman yang paling lemah." (HR. Muslim).

Mencegah kema’siyatan dengan tangan bukan berarti dengan kekerasan, namun kita berusaha mendekati secara langsung, dan kita tuntun kejalan yang benar, dengan lisan, bagaimana kita sampaikan perkata’an yang baik. Dengan hati, bagaimana kita membenci kema’siyatan, bukan kita benci orangnya,dan kita meyakini bahwa kema’siyatan adalah dosa besar yang melanggar larangan Allah subhanahu wata’ala.

Semoga kita selalu ditetapkan dalam iman dan islam,,,

Aamiin...

Friday, 4 January 2013

♥ AL-QURAN PENAWAR HATI ♥

DOA-DOA DALAM SEMANIS KURMA :

1. Doa Agar Anak Cepat Cerdik :SURAH AL-ANBIYA' AYAT 79.
2. Doa Agar Anak Taat Pada Allah : AL-BAQARAH AYAT 128.
3. Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh : ALI IMRAN AYAT 38.
4. Doa Lembut Hati : SURAH AN-NAMLI AYAT 30-31.
5. Doa Kasih Sayang Suami Isteri Bahagia : SURAH AL-FURQAN AYAT 74 & ALI IMRAN AYAT 31.

∂σʋвℓɛ ωнαт ?! ~married~

Assalamualaikum n selamat sejahtera ! ^_^

 Hari ni cik perfume nk citer ckit psal mimpi n sesuatu yg pelik yg berlaku kat cik perfume sejak akhir2 ni... hmmm

 Actually sejak akhir2 ni mesti ada jer sesuatu yg berkaitan dgn kahwin sampai mimpi pun psal kahwin..contohnya dlm mimpi tu cik perfume dipinang larh,buat persiapan larh ..alamak ! cik perfume baru jer hbes sekolah xkan dh kena sympthom kahwin kowt..aduhai ~~~~
       lagi pula, cik perfume rancang nak kahwin umur 22 thn sbb si dia nak kahwin bila umur dia 25 thn KOWT.. (tu pun klu betul dia jodoh cik perfume :D #gataickit2 siapakah dia ?!serius xdpt dikenal pasti HAH ! ~.~ *asal bukak facebook jer msti ada status cm ni kat home cik perfume >.<

 ~βιℓα κιтα вɛяκαнωιи κɛяαиα Δℓℓαн...ωαℓαʋ тακ ρɛяиαн κɛиαℓ..тακ ρɛяиαн вɛяcιитα..тακ ρɛяиαн ∂αтιиɢ....˩ɛραƨ ƨαʝα ℓαғαʓ ιʝαв ∂αи καвʋℓ, Δℓℓαн ακαи cαмρακκαи яαƨα ƨαʏαиɢ,cιитα ∂αи яιи∂ʋ ∂αℓαм нαтι κιтα ∂αи ραƨαиɢαи... ƨι ƨʋαмι αʋтσмαтικ ακαи яαƨα вɛятαиɢɢʋиɢʝαωαв ʋитʋκ ρяσтɛcт ιƨтɛяι..∂αи ƨι ιƨтɛяι ακαи αʋтσмαтικ мɛиʝα∂ι тααт κɛρα∂α ƨʋαмι... Ƨɛвαв тʋ вαиʏακ κɛƨ σяαиɢ ʏαиɢ вɛяcιитα ℓɛραƨ иικαн, вαнαɢιαиʏα ℓɛвιн ∂αнƨʏαт ∂αяι ʏαиɢ ∂αн вɛяcιитα вɛятαнʋи-тαнʋи... 

~Ĵσ∂σн ιтʋ яαнƨια Δ˩˩ΔĦ, Ƨωɛɛт Ƙαи..? Δ˩˩ΔĦ иακ вαɢι κɛʝʋтαи ∂ɛκαт Ƙιтα.. ♥ ☻♥☻ /ƧЄƘƲΔƬ мαиα ƨαʏα ƧЄƬƖΔ... ƧЄĦЄβΔƬ мαиα κιтα ѦЄЯΔИƆΔИǤ... ƧЄ˩ΔѦΔ мαиα κιтα ѦЄИƲИǤǤƲ... ƧЄƘЄЯΔƧ мαиα κιтα βЄЯƧΔβΔЯ... ƧЄĴƲĴƲЯ мαиα ƨαʏα ѦЄИЄЯƖѦΔ ΔƜΔƘ... Ĵικα Δ˩˩ΔĦ тι∂ακ мɛиʋℓιƨ ʝσ∂σн κιтα вɛяƨαмα..Ƙιтα тɛтαρ ƬƖƉΔƘ ΔƘΔИ вɛяƨαмα..Ƭια∂α ʏαиɢ κɛвɛтʋℓαи мɛℓαιиκαи ƨɛмʋαиʏα тɛℓαн ∂ιяαиcαиɢ..∂αи Δ˩˩ΔĦ α∂αℓαн ƨɛвαικ2 ρɛяαиcαиɢ... 


 ~ ƧƲΔѦƖ вʋκαи ʋитʋκ ƉƖβЄβΔИƖ, тαρι ʋитʋκ ∂ιƨɛиαиɢι. ƖƧƬЄЯƖ вʋκαи ʋитʋκ ƉƖβЄ˩Ɩ, тαρι ʋитʋκ ∂ικαƨιнι.

~Pesan Ustazah Siti Nor Bahyah ♥

Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia... :)


~♥ Pesanan Dari Ustaz Azhar Idrus ♥

Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak... :)



p/s: byk lagi la sampai confused.. fokus belajar dulu ..inn sya Allah bila dh tiba masa ia akan dtg..ingat jodoh kita telah ditetapkan oleh Allah taala ^_*

ƘƖƧΔĦ ƧЄѲЯΔИǤ ƘЯƖƧƬƖΔИ ѦΔƧƲƘ ƖƧ˩ΔѦ

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham." Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!" Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa. Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya." Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?" "Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah. Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!" Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja." Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya. "Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?" Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian." Apabila Qadhi bangun dari tidurnya,iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?" Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu. Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham." Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya." Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?" Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

ΔИΔƘ ƘЄƆƖ˩ ƳΔИǤ ƬΔƘƲƬ ΔƤƖ ИЄЯΔƘΔ

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

ƜΔƘƬƲ-ƜΔƘƬƲ ƳΔИǤ ѦƲƧƬΔĴΔβИƳΔ ƉѲΔ

Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah (1). Sepertiga Akhir Malam Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150) (2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17), (3). Setiap Selepas Shalat Fardhu Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab. "Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu". (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782). (4). Ketika Saat Perang Berkecamuk Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672). (5). Sesaat ketika Hari Jum'at Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6) Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib. (6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda. "Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595) Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190) Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari. (7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139) (8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48) Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu. (9). Ketika Saat Sedang Hujana Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda. "Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078). Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340). (10). Ketika Saat Ajal Tiba Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38) (11). Ketika Lailatul Qadar Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman. "Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5) Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56) (12). Doa Ketika Hari Arafah Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

Thursday, 3 January 2013

‎:: ΔѦΔ˩ΔИ ƘЄƬƖƘΔ ΔИΔƘ ƧЄƉΔИǤ ƬƖƉƲЯ ::

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... ♥ Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, ♥ Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. ♥ Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ♥ Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. Doa anak jadi soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pandangan: رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً (Al-furqan : 74) Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Wednesday, 2 January 2013

κʋиcι ριитʋ ƨʏʋяɢα

bismillahirrahmanirrahim.. asssalamualaikum.. bca samapi abiz yaa..best.. :)) *22 soalan Paderi kepada pemuda Muslim dibalas dgn 1 soalan*.. Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam. Pada suatu hari mereka berdua berjalan -jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya." "Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berj alan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!" "Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?" "Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua dibawah sinaran matahari? "Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata, -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t.. -Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami). "(Al-Isra': 12). -Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh. -Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an. - Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu. -Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk. -Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3). -Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17). -Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik ,katak, darah, kutu dan belalang.* -Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160). -Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf . -Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untukkaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air."(Al-Baqarah:60). -Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya. -Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir :1 ) -Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS. -Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf,yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala."Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Yusuf:9) -Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19). -Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim. -Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah danselamatkan Ibrahim."(Al-Anbiya':69). -Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua). -Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 2i) -Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari. Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!" Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takutkalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda."Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam.Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .** wallahualam.. NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu(kononnya)apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini(membisikkan ke telinga orang nazak)benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah.

Tuesday, 1 January 2013

мʏ вɛℓσʌɛ∂ ғяιɛи∂ мя. cιcι

Assalamualaikum alls ! Hari ni cik perfume nk citer cikit psal kenalan cik perfume ni dtg dr Sabah bhaa..wah ! gtu :D.. alKisahnya,cik perfume kenal mamat sejak 2 or 3 thn yg lalu.. kenal cm tu cm tu je, n then suddenly slps setahun lbh kitaorang xcontact,ttba ja pada 29/12/12 dya call cik perfume xangkat msa tu sbb dlm perjalanan (dok dlm keta dgn family so segan la an :D) so bila sampai rmh mlm tu cik perfume hntr msg tnya kenapa an (nk call xcukup kredit LOL )..dlm fikiran cik perfume mmg pelik ssgt bila mamat tu call msti dya nk tahu samaada dya xknl tu no cik perfume ataupun sbb nk tnya kbr.. yg paling cik perfume pelik dya langsung xreply msg (dya mmg xsuka reply msg pun KUT !) Pastu cik perfume ingtkn dya xkan call dh (majokkah dya?) rupa2nya pada 31/12/12 dya call blek..adess ~ masa tu cik perfume mmg betul2 xleyh angkat sbb da kelas kowt malam tu..(awat la kau call masa yg sgt larh tdak sesuai?#rsa bersalah la plak )so cik perfume hntr msg kat dya yg cik perfume tgh da kls,tp still dya xreply,masa tu mmg cik perfume rsa pelik+heran+takut... pada hr yg sma jugak malam tu dlm pukul 10 lbhh dya call blek,tp xsempat plak dh nk angkat..(apakah ini ? >.<) so, cik perfume cuba la misscall...lama jugak la cik perfume tunggu ingtkn dya nk tfon..tunggu punya tunggu still xberdering jugak tfon tu. so cik perfume amek keputusan tuk beradu je la an..lagi pun dh lewat malam ... elok letak kepala,OPPSS ! opocot,telefon berderingg (nseb la aku xoff tfon sbb mmg off tfon sblm tdo or xpon silent...) adik cik perfume kat sblh uh dh bising dh sbb tidurya terganggu oleh deringan tfon uh.. :D Rupa2nya mr.cici yg tfon(akhirnya blh jugak sembang! HAHA), kita orang pown sembang2 la n dya bgtaw kat aku yg dya tgh sakit (wah ! betapa hancuss hati aku masa tu,wlupun dya sekadar kenalan tp aku still seorang anak gadis yg sgt sensitif hatinya...grrrr~~~)wlupun dya cuba sembunyi cik perfume sbnrnya nk desak gak la dya supaya cerita masalah tu tp dya asyik mengelak,so apa blh cik perfume buat itu hak dya an.. dya bgtaw cik perfume dya kena penyakit jangkitan saraf n soh aku doakan dya(of coz aku akan doakan kau larh kawan,korang pown doakan dya jugak ek )cik perfume ..mmg la cik perfume xnk paksa dya gtaw cena dya boleh masuk hosital(he told me that) so cik perfume tnya la bpa lama dya dok hospital,dya kata dh 3 bulan kut(dlm hati aku ni,sakit apa la mamat ni?terok sgt kah ? ) n dya gtaw 2 minngu lagi baru blh kuar..alahai! cik perfume xsampai hati plak nk tnya apa2 lagi dgn keadaan dya sbb masa tu cik perfumemmg dh nk nanges lidah kelu n badan cik perfume menggigil kut :( Actually cik perfume rsa sedikit terkilan n terharu pada msa yg sma sbb dya ingt kat cik perfume bila dya dlm kesusahan jer(Astaghfirullah Alazim! aku xblh kata cm tu larh >.<)..masa kitaorang tgh sembang 3 kali kut tfon asyik terputus je,dya pulak makin lama cakap slow je sambil batuk2,bertambah sedih aku masa tu ,nseb la cik perfume boleh kwal lagi perasaan nak nages uh..pas sembang dya pon perlukan rest an so kitaorang pun tamatkanlah perbualan korang n lepas tu cik perfume baru sedar bunyi bunga api kat luar menandakan tahun baru 2013,ttba ja rsa sayu sgt hati ni mengingatkan dya.. #inilah dulu dr cik perfume mengenai kawan2 cik perfume okay ;) Assalamualaikum..

p/s: cik perfume xpasti kenapa cik perfume gelar dya mr. cici (bukan nma sbnr)Actually dya adalah mr F :D semoga cepat sembuh kawan! xsempat plak nk promote CERAGEM =='