BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 29 July 2013

ΔƧƘ.ҒѦ (мακɛ α ɢιғт)

Okay ! aku nk share sikit pasal rsa ketidakpuas hati aku, serta saranan & nasihat tuk yg mmbaca ==’
Firstly, aku nk citer sikit bagaimana berlakunya rasa ketidakpuas hati aku ni.. Ianya bermula apabila aku kena make a gift kat seorang user ask.fm. Tup tup rupanya kena beli gift ni ..giler siot..wat eden terkezut.. Eden hidup2 ingt free ,rupanya kena charge RM 3 per gift or sms.. Aduhai, Cuma Allah je yg taw perasaan eden masa tu  tp disebabkan dh terlanjur janji tu trpaksa gak la sms tp service prob la plak wlupun dh try twice.. Fuh ! selamat duit eden kott :D
Cm tu la permulaannya..


Secondly, aku sarankan kat users xyah la dok mmbzir duit korang tu wlupun RM3 ja tuk make a gift kat users yg lain… Baik korang beli real gift n then pos laju kat diorang sekurang2nya depa tu blh la wat kenangan hadiah tu dri korang dok menyemak gift korang kat profile depa tu. Melayang duit korang tu derrr. -,-
Then, susah2 sgt topup ja kat users yg korang nk bagi sgt gift,blh gak depa guna an.. tp mslhnya skrg kat Malaysia ni xdak la plak topup rm3,klu ada topup rm3 aku sanggup topup kat depa2 tu …dgn ikhlas hati derr :D hmmm..

Thirdly, aku nak nasihatkan korang xyah la nk bazir sgt make a gift tu yg tidak berfaedah sama ada tuk diri korang atau sebaliknya ..buat semak jer.. 
Lastly & the most important (attention please !) , korang sgt dialu2kan tuk make a gift kat aku.:P Btw, nvr ask me to make a gift for u ! coz aku xnk mmbazir duit aku wlupun rm3 pd bnda yg xbrfaedah tu.. Baik aku p makan kat roti canai kat kedai mamak! HAHA. So, pandai2 la korang …lu piker la sendiri ! 
*sekian pesanan ringkas dari saya ! :3

Tuesday, 22 January 2013

Kelebihan Umat Nabi Muhammad saw




Assalamualaikum w.b.t....Sekadar Renungan Untuk Semua
♥ Kelebihan Umat Nabi Muhammad saw ♥

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, “Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W EMPAT kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

••► Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di semua tempat oleh Allah S.W.T..

••► Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat durhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat durhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian..

••► Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat durhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka..

••► Memang benar aku telah durhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.W.T...

# Sollu 'alanNabiyy




P/S; tahun 2013/1434 maulidurRasul jatuh pada 24 Jan hari Khamis ^_^

اللهم صلّ على سيدنا محمّد و على اله و صحبه و بارك و سلم



Sunday, 20 January 2013

Saya nak kahwin !

A : Awak nak nikah x ?
B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah

A : Dah ada calon?
B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH

A : Siapa dia?
B : Insyaallah dia adalah lelaki/perempuan pilihan ALLAH

A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH

A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin lah, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya
je dgn ALLAH

A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik

A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH

A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah beres....♥...




Love Comments Pictures
More Images @ MyNiceProfile.com

pak pandir

Bagaimana Hendak Mengenali Pak Pandir =================================

* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

 * dia fax surat dengan stem diatasnya.

 * cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

 * cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

 * study hard untuk ujian darah.

 * tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

 * fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

 * vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.

 * Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

 * mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.

 * dia sedang baca lawak ini

Sunday, 13 January 2013

money

~> Duit boleh beli BANTAL & TILAM, tapi tidak boleh beli TIDUR..
~> Duit boleh beli UBAT, tapi tidak boleh beli KESIHATAN..
~> Duit boleh beli BUKU, tapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN..
~> Duit boleh beli INTAN PERMATA, tapi tidak boleh beli KECANTIKAN..

~> Duit boleh beli MAKANAN, tapi tidak boleh beli SELERA..
~> Duit boleh beli RUMAH, tapi tidak boleh beli KELUARGA..
~> Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tapi tidak boleh beli PELAJARAN..
~> Duit boleh beli HIBURAN, tapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN..

~> Duit boleh beli PERNIAGAAN, tapi tidak boleh beli KEBERKATAN..
~> Duit boleh beli CINTA, tapi tidak boleh beli KESETIAAN..
~> Duit boleh beli ORGAN BADAN, tapi tidak boleh beli NYAWA..
~> Duit boleh beli PANGKAT & KEDUDUKAN,

TETAPI

DUIT tidak boleh beli IMAN……

Renung2kan.. :)
Religious Comments Pictures
More Images @ MyNiceProfile.com

Saturday, 12 January 2013

ENAM PERISTIWA AJAIB BERLAKU SEMASA PEPERANGAN DI GAZA , PALESTIN !!

KISAH BENAR !! 
Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar d 
an pengalaman beliau di Gaza: 

Peristiwa 1 

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan 
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah 
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar! 

Peristiwa 2 

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu??? 


Peristiwa 3 

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya. 

Peristiwa 4 

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! 
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5 

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel ! 

Peristiwa 6 

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". 
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita? 

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. 
Allahu Akbar!!

Tuesday, 8 January 2013

ƤЄƬƲΔ ĴΔƉƖ ƘΔƆΔƘ & ƆΔИƬƖƘ ѦЄИƲЯƲƬ ƖƧ˩ΔѦ

PETUA JADI KACAK & CANTIK MENURUT ISLAM

Semua manusia sukakan keindahan dan kecantikan, lagi-lagi pada paras rupa. Namun, tidak semua sedar bahawa amalan yang cantik akan menzahirkan rupa yang cantik!

Berikut petua yang boleh kita amalkan, cantik dapat, pahala pun dapat.

1. Untuk mendapatkan wajah yang segar,berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota , biarkannya kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN)

4. Untuk mempunyai bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Untuk mendapatkan tubuh langsing,amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, lebih bagus lagi puasa seperti Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.